Dec 13, 2013

taknak typical sangat



sebenarnya aku nak letak title lain tapi title yang aku fikirkan semuanya terlalu typical "im back" , "lama tak update blog" "updated" "new look" . terdetik sejak bila aku typical ni . ah bukan typical , cuma terbiasa keadaan sekeliling . kalau kita taknak kelihatan sama dengan suatu persekitaran itu , pasti ada satu benda yang kita akan sama juga . oh dan saya tahu anda terjeling jeling langsung tak fokus pada post saya jeling2 gambar jejaka atas itu kan ? 


joonmyeon-sswi , berapa banyak hati yang terkena renjatan mini heart attack kerana anda ? ok aku tahu kau speechless nak jawab . saya tidak menyalahkan awak kerana memiliki wajah yang sejuk mata memandang , kembang hati terasa , cherish them ! kurniaan yang pastinya ramai orang tak akan tolak . im not saying 'semua orang' kerana ada yang fikir hensem ni menyusahkan . yep , my point of view menyusahkan jugak la tapi bersyukur kena ada . 


suho-ssi awak buat saya merapu panjang nampaknya 

serba pink kepada light grey yang menyejukkan mata . simple ? dah nama pun simple template . ala kadar saja . ini pun terkial kial satu hari edit sebab dah lupa , tak biasa simple template . dah lama tak main godek-godek katanya dengan template designer . aku dah terbiasa dengan classic . skin aku buat sendiri yang previous ni aku tak save . tak terfikir dan sekarang aku terfikir kenapa aku tak terfikir nak save . tapi takpelah .

lagipun skin tu bukan aku . bukan citarasa atau style bak kata orang sekarang . bukan style aku . current template pun bukan style aku . style aku something dark , black . kalau tengok profile twitter aku , itu style aku . but not overall is not my style . i still like grey . cuma tak masuk category "suka gila omg favorite" . hanya terletak dalam category "favorite" means aku suka . header tu cita rasa aku .

aku tak tahu nak tambah apa lagi . ada yang kata pagi2 otak laju cergas berfikir tapi kenapa aku tak . sekarang 5 pagi . aku mamai lah . aku mengantuk . sebab tu lembap pemprosesan otak tu . okey , ngantuk .

then jya ne .

No comments:

Post a Comment

Comment here.