Dec 24, 2013

brain man

 


tiada apa sebenarnya . hanya tangan terasa ingin bersenam kat atas keyboard ni . hanya hati terasa ingin berbicara secara tidak sangat terbuka . hanya otak ingin merangka sesuatu , juga ingin menggerakkannya supaya lebih aktif . tidaklah jadi macam malas saje mahu berfikir . "ah biarlah" terjadilah ketika malas . aku tak mahu . aku mahu berfikir . seolah olah aku berbicara dengan seseorang . aku lah tu . malas berfikir mendorong kita lakukan sesuatu yang tidak berfaedah sujurus merosakkan diri kita juga 

no feelings since birth


dia manusia yang sangat lain . jenis yang lain . asal dari keluarga yang kaya . mungkin datuk nya sudah mengetahui keistimewaan dia . entah apa yang difikirkan datuknya . perkara pertama yang diajar adalah pergi ke tandas . siap berikan waktu bila akan ke tandas . setiap hari dia akan ke tandas buang air besar/kecil mengikut waktu yang diajari oleh datuknya . dia ambil masa yang lama untuk membiasakan diri pergi ke tandas seorang diri . dia masih kecil tika itu . 

doesn't understand emotion

duduk semeja di penjuru akhir meja makan yang agak panjang dengan datuknya . datuknya di hunjung meja , dia di hujung meja lagi satu . pandangan kosong . tiada apa yang difikirkan . mungkin . datuknya pandang dia . mungkin pelik mengapa dia tidak makan lagi . datuknya suruh dia makan . terus dia ambil sudu garpu dan makan . ah dia hanya lakukan sesuatu dengan arahan .begitu , datuknya tahu cucunya bukan sembarangan . sangat lain . 


lagi datuknya tahu lainnya cucu nya ni ketika dia selesaikan satu puzzle yang mengikut tempoh manusia biasa , puzzle itu hanya boleh siap dalam masa 1 hari dan lebih . tapi dia ? hanya satu jam . datuknya terperanjat . lagi dia tahu cucu nya ini sangat lain . dia ingin tahu lebih kebolehan cucunya lalu dia bagi cucu nya sebuah buku . diselak satu muka surat hingga yang terakhir . datuknya suruh dia cerita pasal buku tu , dia cerita semuanya tanpa tinggal sedikit pun . diberikannya lagi satu buku matematik , bukan penringkat sekolah menegah mahupun universiti , semua formula dan juga diagram dia ingat dengan hanya menyelak .

 doesn't know pain
 
datuk nya train dia , untuk dapat perfect body , mungkin . siapa tahu manusia seperti dia mempunyai badan tegap ada muscle dan abs . tiap hari dia akan buat push ups . juga ada waktu nya . tiap hari pada waktu itu pasti dia akan buat . satu push up dengan lima jari seterusnya empat , seterusnya 3 hingga satu . lepas dimulakan balik dari lima jari .

a killing machine ㅡ would kill for justice

hingga suatu hari , ibu bapanya dibunuh . datuknya kecewa , marah . terasa ingin membunuh siapa yang membunuh anaknya . dia ? tiada apa2 . pandangan kosong , tidak menunjukkan apa2 perasaan . biarpun ibu bapanya mati . datuknya panggil dia . "tegakkan keadilan . hapuskan jenayah di dunia ini . hanya engkau yang boleh menguasai dunia ini . dengan hati yang suci kepunyaan kau . engkau orang terpilih oleh tuhan . hapuskan lah jenayah . tegakkan keadilan " datuk nya terlalu pendendam . dia cakap ayat2 itu kepadanya . ya , dia mendengar nya . dia ikut apa yang datuk nya cakap . datuknya berikan buku cara membunuh . dari cara martial arts hingga ke cara yang kita langsung tidak terfikir . kejam ? ya . dia hafal semua cara membunuh dalam tu . semua . dia ingat . semua .


datuknya dibunuh . rumahnya dirompak . dia hanya berdiri melihat perompak tu ambil semua barang di dalam rumah itu . akhirnya perompak itu bakar bilik datuknya . dia hanya melihat . hanya melihat . dengan pandangan muka yang sentiasa ada di mukanya ㅡ pandangan kosong . datuknya berkata padanya "inilah masanya . tegakkanlah keadilan . hapuskan jenayah di dunia ini" . dia mendengarnya . perompak itu datang kepadanya . ingin acukan pisau . ya , dia acukan . di dadanya . biasa , tidak , bergerak , muka ? masih sama . seolah-olah tidak sakit . ya , dia memang langsung tidak merasa kesakitan . malah serpihan bom juga . dengan cara membunuh yang dia pelajari tiada satu pun yang terkeluar dari kotak mindanya , dia tekup leher perompak itu . mati . mati .


dia tegakkan keadilan , seperti apa yang disuruh datuknya , membunuh . 



No comments:

Post a Comment

Comment here.