Dec 18, 2012

luahan hati


Yadong u.u eh Myungsoo control macho 

Assalamualaikum .

Aku perasan Myungsoo selalu control macho kat MMA tu ewah menyampah kita -.- Ke-macho-an awak tu buat perempuan kat sana semua pandang awak tau ? Mesti ramai tertanya siapakah gerangan mamat cool tu . Eh rasanya bagus kalau awak stay macam diri awak sekarang ni sebab kita sayang sangat kat awak tau .

Ok ignore intro aku yang berkemungkinan besar buat korang menyampah . Maap . Aku tengah air-date dengan Myungsoo ni . Tsk Aku pernah 'bermanja' kat Myungsoo kat twitter . Aku tengah rindu Myungsoo masa tu . Then ada yang tak puas hati . Aku boleh tau dari tweet dia tu . Ah susah la susah . Sebab tu aku tak fangirling Myungsoo sangat kat Twitter . Aku fangirling senyap2 . Pedih tahu tak fangirling senyap-senyap ni . Rasa macam ... erghhhh . Ada benda yang patut aku luahkan masa tu jugak dan apa yang aku buat aku bukak Notepad dan aku fangirling kat situ . Aku tulis semua yang aku rasa .

Walaupun hasil kepuasan yang aku dapat dari tu tak macam aku luahkan kat Twitter like I used to but okay lah tak apa . Kadang-kadang aku rasa macam bodoh je buat macam ni . This is not me . I used to be me . Entah kenapa aku macam sensitif sikit kalau pasal Myungsoo ni . Sensitif maksud aku macam aku tak nak orang yang sama minat dengan aku menyampah dengan aku . Entahlah . Aku dah anggap inspirit ni macam keluarga aku . Aku sayang diorang . Aku sayang sangat .

Aku sayang kak Hara , kak Syahfain , Unnie Dyana , Kei , Sofia , Ain , Amir semua lah member Inspirit aku kat fb . Diorang tahu aku macam mana . Diorang tahu diri aku yang aku tak tunjuk kat twitter or tempat lain . Aku mintak maaf sebab dah tak active sangat kat fb selama ni . Ada sebab . Bukan sebab aku nak menjauh dari korang . Bukan sebab aku nak melepak 24 hours kat twitter . Ada sebabnya . Aku rasa macam nak unfriend semua 'Friend' aku kat fb and 'friend' dengan inspirit je .

Sekarang ni aku dah tak accept friend sangat atau erti kata lain aku dah tak check friend request kat fb . Kalau nak aku approve inbox je aku atau mention aku kat twitter atau dm apa-apa jelah yang boleh menampakkan hasrat korang tu . Aku menyampah lah . Setiap kali bukak fb berderet status jiwang tak boleh blah or status mengarut kat News Feed aku . Dulu News Feed aku tak macam ni . Status semua tu datang dari kawan aku . Kawan yang boleh dikira rapat tapi tak rapat -.-

Kalau aku unfriend , block etc mesti mereka perasan punya . Aku deactive satu hari esoknya semua tanya "Weh Ili , kau block aku ke ?" Mesti perkataan 'block' yang keluar . Aku tahu diorang stalk aku dan aku tak kisah sebenarnya tapi aku tak suka keadaan News Feed aku yang sekarang . Setiap kali aku scroll News Feed mesti aku rasa macam "eih annoying nya" or "ah menyampah" . Hati aku yang bercakap . Sama macam aku buat dosa . Sebab tu aku dah malas nak online fb . Kalau kat twitter memang kurang lah menyampah semua tu at least berkurang lah kan .

Aku akan jadi diri aku . Aku akan fangirling Myungsoo macam biasa walaupun mungkin aku akan rasa awkward . Ah lantak . Yang penting perasaan ada sesuatu nak luahkan tu hilang . Aku tak suka . Aku tak suka perasaan sesuatu terpendam tu . Nanti aku rasa tak selesa . Nanti aku rasa nak marah . Biarlah kalau ada yang mention kata aku annoying dengan segala macam ragam fangirling aku tu atau mungkin unmention . Biarlah .

Aku mintak maaf kat warga twitter , fb kalau ada yang menyampah dengan aku . Aku ni jenis tweet tak kisah . Tapi kalau pasal Myungsoo , aku jadi hati-hati . Memang aku tweet ikut suka aku sebab aku jadi diri aku . I can't pretend to be someone else lah . "tweet ikut suka aku "maksudnya tak semestinya aku tweet tak jaga perasaan orang tapi cuma sometimes ada sesetengah tlist tak reti jaga perasaan orang . Aku pun ada juga group yang aku tak suka dan aku rasa ramai tahu . Bukan group maksud aku tapi fandom .

Kalau aku lah , kalau ada orang dah tak suka kat aku , aku takkan  buat benda yang dia tak suka tu .Aku akan cuba perbaiki diri aku sebaik mungkin . Rasanya ramai dah tegur dia jangan tweet terlalu over . Kita ni perempuan , Islam , Melayu . Jaga sikit adab . Jangan amalkan cara barat sangat lah . Kita bukan kpopers yang anut agama tak betul tu .  Tweet kau tu boleh buat satu dunia baca apa kau tak pikir ke ?

Aku mintak maaf kerana aku dah terlanjur tak suka kat fandom tu tapi bukan salah aku sebenarnya . Aku tak nak pun tak suka orang semua ni . Bagi aku benda tu buat aku tak aman . Doakan perasaan tak suka tu hilang . Ada sesetengah tweet orang yang buat aku rasa macam ... "uisy" or "err" or "-.-" . Dan tu semua mempengaruhi pandangan aku kat seseorang tu .

Aku rasa ramai tak akan faham apa yang aku type ni atau apa main point di sini . Aku type semua yang tak terluah dalam hati aku ni .Mungkin bercampur baur . Biar aku sorang je yang paham .

Ini luahan hati aku . Aku mintak maaf banyak-banyak kalau ada yang tak suka atau menyampah . Aku cuma perlu luahkan apa yang terbuku selama ni . Aku takkan rasa benda ni terluah kalau entry ni aku tak publish . Aku mintak maaf . 

Salam maaf dari saya .





No comments:

Post a Comment

Comment here.